Tuesday, March 11, 2014

pilihan raya kecil kajang


23 march 2014
PRK Kajang .

pemimpin yang aku kagumi anwar ibrahim sepatutnya di calonkan tapi di atas fitnah yang dilemparkan kepada beliau dan dihukum penjara beliau tidak dapat bertanding.
tapi seperti yang aku jangkakan. pakatan rakyat pasti meletakkan seseorang yang berpergaruh kuat akhirnya semalam 11 mac 2014 isteri anwar ibrahim menggantikan tempat beliau untuk bertanding.
kami kehilangan seorang anwar ibrahim untuk berperang di dalam pilihanraya kali ini, tapi kami ada beribu orang untuk berperang di dalam pilihanraya ini semangat kami sekuat anwar ibrahim.
anda boleh memburukkan kami. anda boleh memaki kami, anda boleh tipu rakyat. tapi anda tidak boleh sekat perjuangan kami. perjuangan kami perjuangan keadilan untuk rakyat.


aku mungkin masih muda untuk bersuara di dalam politik.
aku masih di alam kanak kanak semasa reformasi 1998.
aku bukanlah sepandai hakim.
aku bukanlah sebaik baik manusia.
tapi aku ade akal untuk berfikir dan membandingkan siapa yang betul dan siapa yang bersalah.
untuk menegakkan ajaran islam, pelaksanaan tu penting di dalam sesuatu keadilan.

perintah Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sifat adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan)
(al-Maaidah: 8)


semoga pilihanraya ini dapat di jalankan dengan adil. dan sama samalah kita berdoa keadilan akan berpihak kepada anwar ibrahim.

No comments:

Post a Comment