Sunday, October 23, 2016

FIRHAN DHARWISH BIN FIRDAUS

Dear Anakku , 

Firhan Dharwish , hari ni awak umur 4 bulan, membesar dengan sihat ye anakku.
ayah sayangkan Firhan, firhan la satu satunya anugerah dan amanah yang Allah berikan pada ayah.
ayah sibuk dengan kerja, nanti ayah update tentang diri awak dalam ni ye? 

kasihmu,
Ayah


Tuesday, January 5, 2016

ANAK



isteri mengadu sakit perut. pada mulanya aku fikir mungkin ada masalah semasa dia datang bulan.
tapi dalam masa yang sama takut juga sbb dia cakap dia tak pernah sakit mcm tu.
demi yang tersayang, aku bawak pegi ke specialist untuk cek, takut ade ketumbuhan di dalam perut.
bila jumpa doctor pakar, doctor scan perut isteri.. aku plak duduk tggu mendengar keputusan...
tunggu punya tunggu...

doktor cakap kat aku.. isteri kamu mengandung..tp dalam proses awal..

hati ni...masa tu... ya Allah..
nak menangis pun ada.
tak terkata.
happy tak terkata.
mengigil badan ni..sbb terlalu gembira..

sayang...tak lama lagi awak jadi ibu.. sy jadi ayah :)






kpmc 

pusat perubatan kajang plaza salah satu hospital swasta yang aku ingin isteri aku bersalin disini.
ini buku masa first checkup.


ini gamba yang paling latest.
checkup sebulan sekali.
kalau boleh kami nak tengok anak ni tiap2 hari.

takpe anak, kamu berehat ye dalam tu? membesar dengan sihat.
lg sebulan ayah and ibu tengok lagi ye ?


kita jumpa 2 hb 2 16 :)
nxt checkup


ayah tak sabar nak tunggu kamu.
main dengan kamu.
suap kamu makan.
bawak kamu jalan jalan.


nukilan : FIRDAUS OMAR








Anugerah dari Allah



hari ini berlalu tanpa henti.
tercipta satu anugerah..
yang tidak pernah aku fikirkan..
anugerah yang begitu ternilai...


isteri...membawa seribu makna...
didalam hidupku...
mengenalinya satu kenangan..
bersama selamanya satu impian...


anak...
ayah...tak mampu ungkap kan kata kata..
kerana ayah terlalu gembira..
bila melihat kamu membesar di dalam rahim ibu...
perasaan ini...
hanya Sang pencipta tahu..

ibu...
terima kasih...kerana berjuang.. kerana sanggup..mempertahankan anugerah ini...
anak, ini janji ayah pada kamu....
ayah akan jaga kamu sebaik mungkin selagi nyawa ayah masih ada..

ibu..
jagalah diri sebaik baiknya.. kerana selain keluargaku..aku hanya ada kamu...
kamulah isteriku.


nukilan dari hati
FIRDAUS OMAR







Tuesday, December 1, 2015

wedding day

alhamdulilah.
semua yang dirancang berakhirnya dengan urusan yang mudah.
daripada perancangan awal hinggalah akhir semuanya berjalan dengan lancar.
saje nak update sikit tentang perkahwinan kami. tak salahkan? untuk dijadikan kenangan :)


kad kahwin kami. tengok simple je kan?
tapii.. sepanjang nak buat kad ni ade je benda yang salah..
berkali kali aku pergi kedai printing tu utk betulkan..
dan akhirnya ini lah rupa kad kahwin kami..

7 november 2015

hari yang ditunggu telah pun tiba.. 
tak sangka, selama ni aku tengok org bersanding.. kali ni turn aku plak,
tipulah kalau hati ni tak berdegup kan?
cuma macam tak caye je kali ni aku yang sanding. haha.

okay, mmg betul orang cakap, kahwin ni memenatkan. 
sape cakap raja sehari, kalau raja sehari tayah buat keje. tp raja sehari ni la yang mcm rewang je aku rasa. tp takpe, kahwin sekali je, so aku rasa happy ble aku berusaha majlis aku sendiri.

tepat kul 1.30
kami bersanding. di taman tasik kamunting.
ya Allah, perasaan ni, seronok pun ade, gugup pun ade, malu pun ade.
tapi nak buat mcm manakan?
itulah perkahwinan. :)




ha, ni dia abg2 kuat. sahabat karib, alhamdulilah, semua berpakaian baju melayu bagaikan pahlawan melayu. thanks for your support bro 



                                               gadis gadis yang mengiringi kami :)



makan beradab :)

lepas je settle majlis kami,
masa utk photoshoot. okay sumpah malu nak bergambar.





nanti aku update lg gamba2 yang akan menyusul :)

p/s : thanks sayang for you love <3

Sunday, November 22, 2015

nikah day

daripada permulaan,
hinggalah pengakhiran,
kisah cinta ini
menjadi satu kenyataan.

alhamdulilah, dengan izin Allah, hari ni tepat pukul 10.45 pm aku menjadi suami kepada
dhiya afiqa binti norilee dengan sekali lafaz.

semua berjalan dengan lancar, pada mulanya dengan majlis tahlil , majlis makan, dan akhiri sekali dengan majlis pernikahan ku.

yang pertama sekali,
terima kasih kepada mak ayah. 
terima kasih kepada adik beradik
terima kasih kepada saudara mara
dan diakhiri terima kasih kepada sahabat yang setia bersama ku sehinggalah majlis 
pernikahan ini selesai.

meh belanja sikit gamba utk tatapan sahabat blog :)


masa ni tengah tunggu tok kadi meh kita senyum dulu



dengan sekali lafaz, aku menjadi suamimu sayang.


alhamdulilah. tuhan permudahkan semuanya,


p/s : kepada isteri tercinta, cinta adalah keikhlasan daripada hati,
tanpa cinta mana mungkin ianya bersama,
terima kasih kerana berikan cinta,
cinta suci dari hatimu.

daripada : suamimu 





Monday, March 17, 2014

kelahiran baru

Alhamdulilah.
dapat anak buah baru :)
kali ni perempuan ..

Photo: Baby Girl Mama n Papa...

RAUDHAH NUR FAEQA

panjang nye nama.
apaapapun tahniah pada kak teh and abg man.

bertambah seorang lagi anak buah aku.

p/s : teringin nak ada baby.. tp...
bila ntah agaknya :)


Tuesday, March 11, 2014

pilihan raya kecil kajang


23 march 2014
PRK Kajang .

pemimpin yang aku kagumi anwar ibrahim sepatutnya di calonkan tapi di atas fitnah yang dilemparkan kepada beliau dan dihukum penjara beliau tidak dapat bertanding.
tapi seperti yang aku jangkakan. pakatan rakyat pasti meletakkan seseorang yang berpergaruh kuat akhirnya semalam 11 mac 2014 isteri anwar ibrahim menggantikan tempat beliau untuk bertanding.
kami kehilangan seorang anwar ibrahim untuk berperang di dalam pilihanraya kali ini, tapi kami ada beribu orang untuk berperang di dalam pilihanraya ini semangat kami sekuat anwar ibrahim.
anda boleh memburukkan kami. anda boleh memaki kami, anda boleh tipu rakyat. tapi anda tidak boleh sekat perjuangan kami. perjuangan kami perjuangan keadilan untuk rakyat.


aku mungkin masih muda untuk bersuara di dalam politik.
aku masih di alam kanak kanak semasa reformasi 1998.
aku bukanlah sepandai hakim.
aku bukanlah sebaik baik manusia.
tapi aku ade akal untuk berfikir dan membandingkan siapa yang betul dan siapa yang bersalah.
untuk menegakkan ajaran islam, pelaksanaan tu penting di dalam sesuatu keadilan.

perintah Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sifat adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan)
(al-Maaidah: 8)


semoga pilihanraya ini dapat di jalankan dengan adil. dan sama samalah kita berdoa keadilan akan berpihak kepada anwar ibrahim.