Monday, October 7, 2013

kepada Afiqa,
maafkan saya sebab saya banyak buat awak kecewa.
yang pertama,
sebab tak dapat datang konvo awak.
bukan saya sengaja.
tapi saya ingin menjaga kerjaya saya.
saya mahu bangkit semula.
untuk membahagiakan masa depan kita.

kata orang gagal sekali itu kecuaian,
saya tak nak lagi gagal kali kedua,
kalau dulu saya lebih pentingkan dia dari kerjaya,
tapi kini saya perlu pentingkan kerjaya,
untuk kita.

yang kedua,
saya minta maaf sebab tak dapat tunaikan pasal nak pergi event tu,
bukan saya sengaja, 
tapi saya cuba.
saya percaya awak juga tahu sebabnya,
saya harap awak maafkan saya 
dengan hati yang terbuka.

yang ke tiga,
terima kasih kerana beribu pertolongan yang awak berikan,
dari saya jatuh sampailah saya berkerjaya.
bukan lah berkerjaya mana,
sekadar boleh menampung ikatan kita.

mungkin kerjaya ini tidaklah seberapa di mata mereka,
tapi inilah rezeki untuk saya dan kita,
berdoalah disini penutup bicara,
semoga rezeki sentiasa ada,

salam sayang saya untuk awak Afiqa Norilee : Firdaus Omar(FO)

No comments:

Post a Comment